Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam next post. Syukur ke atas
setiap rezeki yang Allah limpahkan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa
berada di bawah lindunganNya. Ameen. Okay Nampak tak tajuk apa tu? Sangat
menarik! Ada orang tanya macam mana aku survive diri aku dalam career yang
mostly pekerjanya adalah lelaki. Jawapan aku simple. Sebab aku MINAT. Bukan
minat agar dikelilingi ramai lelaki. Sama sekali tidak.
Aku suka something yang challenge,
Dan aku ingin cuba sesuatu yang baru. Kejuruteraan Mekanikal adalah sangat
superb luas! Bila sebut Mekanikal mostly orang akan terus label “pegang spanar”
“mekanik” “bengkel”. Obviously you are totally wrong! Actually Mekanikal is
more than that. Dia punya cabang banyak. Ada oil and gas, marine, automotive, aerospace,
pembuatan, mekatronik dan lain lain lagi. Kalau aku sendiri, aku suka oil and
gas (since born) sudahhh jangan tanya kenapa. That why orang kata peluang
pekerjaan untuk Mechanical Engineering ni luas. Waktu study dulu, aku ambil
Pure punya. Bila Pure, semua benda aku belajar seperti Fluid Dynamics, Statics,
Engineering Mechanics, AutoCAD dan sebagainya.
When you already finish your study of Mechanical Engineering, you guys
can apply any vacancy that related with this field. Salah satu pilihan adalah
untuk menjadi Jurutera Mekanikal. Atau lebih famous orang panggil “injiniurrr”
yang korang banggakan sangat tuuu. Huhhh. Tapi untuk menjadi seorang engineer
yang berjaya, kemahiran IMAGINASI adalah sangat penting. Selain daripada
imaginasi sendiri, pengetahuan lain juga penting seperti drawing, calculation,
manufacturing, design dan lain lain lagi. Ada certain part yang mana bila kita
belajar, ianya simple tapi bila masuk ke alam pekerjaan, ianya sukar. Begitu
juga sebaliknya. Di bawah ini merupakan contoh flow diagram yang saya dapat
daripada Mr L. Ini merupakan P&ID bagi unit dia. I borrow from him because
I got task and need present to supervisor.
Tambahan pula, aku suka belajar teori dan praktikal. Aku tak suka
belajar fully theory sebab nanti aku jammed dan bila aku jammed aku akan
meroyan macam orang putus cinta. Uhuk uhuk. Okay, start masuk PP(M)SB, aku
belajar banyak benda yang selama ni aku tak tahu. Mula mengenali “process flow
diagram” dengan detail, piping and instrumentation diagram, dan pelbagai lagi
yang diguna pakai dalam refinery plant. Pernah tak korang terfikir dari mana
datangnya gas yang kita gunakan untuk memasak atau petrol yang kita gunakan
untuk kenderaan kita? Tahukah korang bahan api yang digunakan oleh kapal
terbang adalah kerosin atau bahasa lainnya, minyak tanah? Tahukah korang bahawa
bitumen atau tar yang digunakan untuk membuat jalan tu melalui proses yang sama
dalam menghasilkan lilin? Haa. Kalau di Malaysia, proses carigali kita berlaku di offshore. Tapi
kalau kita bekerja di Benua Arab sana haa senanglah nak jumpa carigali di
onshore. Ramai sebenarnya anak kelahiran Malaysia yang bertugas di sana dan
kepakaran tenaga kerja mahir kita sebenarnya bertaraf dunia. Jadi, jangan rasa
diri anda kecil. Malaysia BOLEH!! Hehe.
Bulan lepas abah aku ada menyatakan hasratnya untuk angkut aku ke
offshore. Offshore? Apetu? Siapa pernah tengok cerita “Deepwater Horizon”? Haaa
itulah offshore. Aku malas nak taip panjang panjang hahaha. Kau tengok cerita
tu, kau akan tahu. Aku repeat 10 kali cerita ni, 10 kali aku menangis. Hahaha. Ok berbalik kepada tadi. Tbh, aku memang addict dengan
upstream than downstream. Idk why. Aku tak tahu kenapaaaaaa!!! Sehinggakan aku
pernah mimpi naik offshore then aku terjun laut. Hahaha mungkin aku stress kot
masa itu. Bukan senang kau nak ke sana, you must have certificate of T-Bosiet.
Bila dah sampai sana, ya totally memang semua lelaki. Kalau ada perempuan tu,
maybe dia ada project yang perlu diuruskan. Kau kena fikir tentang keselamatan.
Ombak angin ribut taufan semua tu. Tak, aku tak minta pun. Incase benda ni
berlaku, takdelah korang menangis teriak bagai. Boleh main lari lari tak kat
sana? Ohhh boleh. Kau boleh lari di atas helipad. Nak menari atas tu pun boleh.
Haha. Siapa suka main gym, kat sana pun ada gym. Semua lengkap tapi satu je
takde which is shopping mall. Nak shopping bagai kau balik darat. Okay?
So kesimpulannya, kepada adik adik yang yang rasa nak ambil bidang Mekanikal
ni, dipersilakan dengan segala hormatnya. Pedulikan apa orang kata. Waktu first
aku masuk belajar, ada juga suara suara sumbang yang melemparkan kata kata
kepada aku. Bidang ni susahlah, banyak sangat nak kena belajar la, nanti tak
boleh bawa tersekat tengah jalan, takut nanti repeat paper la itu ini laaaa. Bila
aku nak habis belajar final year ha lagilah mereka pertikaikan. Wehhh!!! Aku
yang belajar ke kau yang belajar??!! Alhamdulillah aku berjaya menamatkan
pelajaran aku dengan jayanya tanpa kecundang di tengah mahupun tepi jalan.
#roadtoconvo je sekarang ni. Kalau kena dengan minat dan positif mind korang,
In Shaa Allah semuanya akan dipermudahkan. Percayalah, hehe. Okay bye nk tidoq assalammualaikum.