Wednesday, 14 June 2017

MENCEBURI BIDANG LELAKI

Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam next post. Syukur ke atas setiap rezeki yang Allah limpahkan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya. Ameen. Okay Nampak tak tajuk apa tu? Sangat menarik! Ada orang tanya macam mana aku survive diri aku dalam career yang mostly pekerjanya adalah lelaki. Jawapan aku simple. Sebab aku MINAT. Bukan minat agar dikelilingi ramai lelaki. Sama sekali tidak.

Aku suka something yang challenge, Dan aku ingin cuba sesuatu yang baru. Kejuruteraan Mekanikal adalah sangat superb luas! Bila sebut Mekanikal mostly orang akan terus label “pegang spanar” “mekanik” “bengkel”. Obviously you are totally wrong! Actually Mekanikal is more than that. Dia punya cabang banyak. Ada oil and gas, marine, automotive, aerospace, pembuatan, mekatronik dan lain lain lagi. Kalau aku sendiri, aku suka oil and gas (since born) sudahhh jangan tanya kenapa. That why orang kata peluang pekerjaan untuk Mechanical Engineering ni luas. Waktu study dulu, aku ambil Pure punya. Bila Pure, semua benda aku belajar seperti Fluid Dynamics, Statics, Engineering Mechanics, AutoCAD dan sebagainya.

When you already finish your study of Mechanical Engineering, you guys can apply any vacancy that related with this field. Salah satu pilihan adalah untuk menjadi Jurutera Mekanikal. Atau lebih famous orang panggil “injiniurrr” yang korang banggakan sangat tuuu. Huhhh. Tapi untuk menjadi seorang engineer yang berjaya, kemahiran IMAGINASI adalah sangat penting. Selain daripada imaginasi sendiri, pengetahuan lain juga penting seperti drawing, calculation, manufacturing, design dan lain lain lagi. Ada certain part yang mana bila kita belajar, ianya simple tapi bila masuk ke alam pekerjaan, ianya sukar. Begitu juga sebaliknya. Di bawah ini merupakan contoh flow diagram yang saya dapat daripada Mr L. Ini merupakan P&ID bagi unit dia. I borrow from him because I got task and need present to supervisor. 


Tambahan pula, aku suka belajar teori dan praktikal. Aku tak suka belajar fully theory sebab nanti aku jammed dan bila aku jammed aku akan meroyan macam orang putus cinta. Uhuk uhuk. Okay, start masuk PP(M)SB, aku belajar banyak benda yang selama ni aku tak tahu. Mula mengenali “process flow diagram” dengan detail, piping and instrumentation diagram, dan pelbagai lagi yang diguna pakai dalam refinery plant. Pernah tak korang terfikir dari mana datangnya gas yang kita gunakan untuk memasak atau petrol yang kita gunakan untuk kenderaan kita? Tahukah korang bahan api yang digunakan oleh kapal terbang adalah kerosin atau bahasa lainnya, minyak tanah? Tahukah korang bahawa bitumen atau tar yang digunakan untuk membuat jalan tu melalui proses yang sama dalam menghasilkan lilin? Haa. Kalau di Malaysia, proses carigali kita berlaku di offshore. Tapi kalau kita bekerja di Benua Arab sana haa senanglah nak jumpa carigali di onshore. Ramai sebenarnya anak kelahiran Malaysia yang bertugas di sana dan kepakaran tenaga kerja mahir kita sebenarnya bertaraf dunia. Jadi, jangan rasa diri anda kecil. Malaysia BOLEH!! Hehe.

Bulan lepas abah aku ada menyatakan hasratnya untuk angkut aku ke offshore. Offshore? Apetu? Siapa pernah tengok cerita “Deepwater Horizon”? Haaa itulah offshore. Aku malas nak taip panjang panjang hahaha. Kau tengok cerita tu, kau akan tahu. Aku repeat 10 kali cerita ni, 10 kali aku menangis. Hahaha. Ok berbalik kepada tadi. Tbh, aku memang addict dengan upstream than downstream. Idk why. Aku tak tahu kenapaaaaaa!!! Sehinggakan aku pernah mimpi naik offshore then aku terjun laut. Hahaha mungkin aku stress kot masa itu. Bukan senang kau nak ke sana, you must have certificate of T-Bosiet. Bila dah sampai sana, ya totally memang semua lelaki. Kalau ada perempuan tu, maybe dia ada project yang perlu diuruskan. Kau kena fikir tentang keselamatan. Ombak angin ribut taufan semua tu. Tak, aku tak minta pun. Incase benda ni berlaku, takdelah korang menangis teriak bagai. Boleh main lari lari tak kat sana? Ohhh boleh. Kau boleh lari di atas helipad. Nak menari atas tu pun boleh. Haha. Siapa suka main gym, kat sana pun ada gym. Semua lengkap tapi satu je takde which is shopping mall. Nak shopping bagai kau balik darat. Okay?

So kesimpulannya, kepada adik adik yang yang rasa nak ambil bidang Mekanikal ni, dipersilakan dengan segala hormatnya. Pedulikan apa orang kata. Waktu first aku masuk belajar, ada juga suara suara sumbang yang melemparkan kata kata kepada aku. Bidang ni susahlah, banyak sangat nak kena belajar la, nanti tak boleh bawa tersekat tengah jalan, takut nanti repeat paper la itu ini laaaa. Bila aku nak habis belajar final year ha lagilah mereka pertikaikan. Wehhh!!! Aku yang belajar ke kau yang belajar??!! Alhamdulillah aku berjaya menamatkan pelajaran aku dengan jayanya tanpa kecundang di tengah mahupun tepi jalan. #roadtoconvo je sekarang ni. Kalau kena dengan minat dan positif mind korang, In Shaa Allah semuanya akan dipermudahkan. Percayalah, hehe. Okay bye nk tidoq assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment