Selepas
sahaja aku pulang ke rumah di Muar, Mr L menyatakan hasratnya untuk berjumpa
dengan mak dan abah. Sebenarnya sepanjang internship aku di PPMSB, kami hanya
keluar bersama sebanyak empat kali sahaja (itu pun nak beritahu) haha eh
biarlah! Dengan berbekalkan permission daripada makcik dan pakcik. Dan apabila
dia nak mai rumah lalu aku bertanya kepada dia.
Me : Dah ready ke nak jumpa my parents?
Mr L : Ready
syg. Heeee.
And I felt
like “wow wow woww” aku pula yang tiba tiba takut berdebar nak beritahu.
Hahaha. Sebelum aku menyatakan hasrat Mr L nak datang rumah, awal awal lagi aku
dah tunjuk gambar dia kat mak. Gambar keluarga dia pun aku dah tunjuk sekali
dengan harapan akan menjadi besan satu hari nanti. Hehe. Aku cakap dengan mak.
Me :
Mak, Sekarang kakak tengah berkawan dengan seorang lelaki. Kami berkawan serius
tau.
Mak : Siapa orangnya kak?
Me : Sekejap ae kakak tunjukkan gambar. Haaa
ni la orangnya *tunjuk gambar dalam laptop*
Mak : Handsomeee orangnya kak. Berapa umur dia?
Kerja apa? Orang mana tuu?
Me : Handsome? Ishh kalau dia dengar ni mesti
dah kembang semangkuk. Umur dia 25 tahun, beza lima tahun dengan kakak. Dia kerja kat tempat kakak, Petronas Penapisan. Tapi dia bukan internship macam kakak. Dia memang staff sana. Orangggg Skudai, mak.
Haaa
beginilah perbualan aku sewaktu nak beritahu yang aku berkawan dengan dia. Okay
sekarang part untuk beritahu yang dia nak mai rumah aku. Huh aku ingat lagi,
betapa gementarnya aku untuk memberitahu hal tersebut kepada mak dan abah. Dan
aku mengambil keputusan untuk memberitahu mak dahulu daripada abah. Heii nak
beritahu mak pun takut tau. Aku pandang adik aku, adik aku pandang aku. Lepastu
gelak. Haaa tapi adik dah tahu yang dia nak mai sini. Sebenarnya aku lebih
cenderung bercerita tentang masalah aku dari dulu lagi kepada abah berbanding
mak. Waktu study dulu, nangis sikit dah call abah nak balik nak itu nak ini.
Sehinggakan kawan kawan aku pun tahu yang aku ni anak abah haha. Tapi bila
berkaitan sebegini, aku bercerita kepada mak terlebih dahulu. Haa kebetulan
abah ke masjid untuk tunai solat Maghrib dan Isyak jadi aku pun beritahu mak.
Me : Makk, emmm apa em eh takde apelah haha.
Mak : Nak cakap apa?
Me : Mak apa tips nak jumpa orang yang lebih
tua? Maksudnya jumpa bakal mertua? Haaa emm*muka takut, kalau boleh lari aku dah lari masetu*
Mak : Hah? apeni? Mak tak faham lah.
Haaaa kau
tengok tu. Mak aku lagi garang daripada abah aku tau. Dia taknak dengar apa
anak dia nak cakap. Hahaha.
Me : Macam ni, Lutfi nak datang rumah. Nak
jumpa mak dan abah. Nak kenal dengan mak abah. Lepastu dah selesai kenal mak
dan abah, kakak akan terus ikut balik Skudai jumpa family dia pula.
Mak : Ohhh cakaplah betul betul. Aaaa emmm aaaa
emmm manalah mak faham.
Maka aku pun
beritahu mak hal yang sebenar. Busy betul aku malam tu dok whatsapp tanya
sepupu sana sini tips nak berjumpa apa semua. Phone memang tak lekang dari
tangan haha. So disini aku ucapkan berjuta terima kasih kepada yang terlibat
tu. Dalam masa lima hari juga aku mandi tak basah, makan tak kenyang. Pelbagai
perkara yang berlegar legar dalam minda. Perasaan tu gembira excited plus
gementar sedikit. Setibanya abah pulang dari masjid malam tu, aku terus berlari
masuk bilik dan tak keluar langsung sampai keesokan pagi haha.
Keesokan
paginya setelah mak dan abah tiba di rumah setelah selesai sarapan di luar. Aku
gagahkan diri berhadapan dengan abah.
Me :Abahhh, em mak ada beritahu abah something
ke?
Abah :
Beritahu apa? *sambil gelak*
Me : Hahaha ala abah ni. Tentang Lutfi.
Abah :
Apaaaa *senyum plus gelak*
Haaa kau
tengok tu. Betapa bezanya reaksi antara mak dan abah bila aku nak beritahu
tentang hal sebegini. Hahaha. Tapi aku tetap bersyukur ada mak dan abah seperti
mereka. Maka kami pun berbual dan berbincang dengan aman tanpa gangguan adik
aku yang macam kepochi tu. Akhirnya abah dengan senang hati membenarkan Mr L
untuk datang ke rumah.
Aku rasa
bersyukur sangat sangat walaupun aku tahu itu sebenarnya baru langkah pertama.
Banyak lagi yang perlu aku tempuhi. Dengan perasaan yang sangat gembira, aku
segera memberitahu Mr L. Kemainnnn dia suka sangat. Tak sabar nak jumpa. Eeee
gatal! Bila dah selesai menyatakan hasratnya, biasalah perempuan. Aku dok fikir
nak pakai baju gaya apa, nak bawa apa. Hahaha over.
Okay hari
yang ditunggu tunggu telah tiba. Seperti biasa, bangun awal pagi untuk
menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim. Kemudian, aku bersiap siap sementara
menunggu ketibaan kekasih hati hehe. Tepat jam 1000 pagi, Mr L pun selamat tiba
di teratak En Nordin sekeluarga. Adik menyambut mesra ketibaan si dia. Mr L
datang dengan membawa satu bungkusan plastik berisi buah mangga. Fav aku tahu
tak!! Waktu itu, aku sengaja untuk tidak munculkan diri. Dalam beberapa minit
selepas tu, barulah aku keluar munculkan diri dengan membawa sedulang air minuman teh o panas meletup kebabom beserta bihun goreng yang dihiasi cantik. Lama juga kami berbual. Ada lah
dalam setengah jam lebih. Riak muka abah dan mak pun nampak tenang. Aku tahu
abah dapat hidu apa yang berlaku sebenanrnya walaupun kami dah bersepakat untuk
tidak membincangkan hal pertunangan sewaktu pertama kali berjumpa keluarga. Memang
betul tekaan aku, keesokan harinya abah bertanya kepada aku tentang rancangan
aku dan Mr L selepas ini. Dengan rasa gembira dan hormat, aku pun beritahu.
Abah melemparkan senyuman sambil memberi sedikit pesanan dan nasihat yang
sangat berguna. Alangkah indah when your relationship direstui oleh ibu bapa.
Abah suka, mak suka. Semoga Allah meredhai setiap langkah perjalanan kami untuk
ke SyurgaMu. Setelah selesai sesi perkenalan semua, maka Mr L meminta izin
untuk membawa aku pulang ke rumahnya pula.
Alhamdulillah
kami selamat sampai di bumi Skudai tengahari itu. Perjalanan mengambil masa
selama dua jam. Tapi kami mengambil keputusan untuk pergi ke Walimatul Urus
kawan dia terlebih dahulu. Setelah selesai majlis tersebut, maka kami pun
segera pulang ke rumah Mr L.
Mr L : Okay dah nak sampaiiii *nada gembira* Syg
dah ready nak jumpa ibu ayah?
Me : Hah? Okay jela. Tak sabar nak jumpa.
Hehe.
Mr L : Ingat pesan saya tadi tau.
Me : Okay baik saya ingat. Ala takde apela, benda
baik kan. In shaa Allah dipermudahkan
Ya Allah
padahal dalam hati aku tu kalau boleh aku nak angkut kereta balik rumah aku
semula. Tak senang duduk dah. Jantung berdegup laju dan terus laju. Tapi apakan daya redah jela. Haha. Alhamdulillah
selamat sampai di rumahnya. Adik dia dah terpacak depan pagar menanti
kedatangan kami (Hai Wani, akak rindu moment kita waktu kat UTM haritu hehe)
Sesi perkenalan di Skudai juga berjalan dengan lancar. Setelah selesai solat
Maghrib, kami mengambil keputusan untuk menjamu selera di luar bersama sama
keluarga Mr L. Tapi sayang sekali tak dapat jumpa his elder sister, Kak Ana. In
shaa Allah panjang umur raya nanti kita jumpa ye. Alhamdulillah
sekali lagi, semoga urusan kami selepas ini berjalan dengan lancar.
#countingmonths 💛💙
Allah swt
menjelaskan yang bermaksud :
“Dan antara tanda-tanda kekuasanNya, Dia
menciptakan untuk kamu, isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dengannya, dan dijadikan antara kamu perasaan kasih saying.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan untuk orang
yang berfikir”
No comments:
Post a Comment