Sunday, 4 June 2017

DETIK AWAL PERKENALAN

Kami kenal start bulan Feb 2017. Aku kenal dia sejak aku melangkah masuk ke PETRONAS Penapisan Melaka Sdn Bhd. Kami berkenalan melalui kawan serumah dia, yang juga merupakan staff tempat aku (AMT5). Nama kawan dia, Sharil. Muhammad Sharil Bin Zaini. Haaa aku ingat tau nama penuh dia. Nama penuh kawan kawan aku waktu study dulu pun aku masih ingat hehe. Sebenarnya dia nih dah lama aim aku. Huh menyeramkan. Dia kata dia sering nampak aku masuk keluar main gate PPMSB tu. So selama ni macam mana aku datang balik pergi mana semua dia dah tahu. Eeee jahat betul!

Okay, nak tahu tak tempat pertama kali kami bertentang mata? Haaa jawapannya adalah dalam site. Hahaha. Depan pump P 34201. And masetu ada satu insiden berlaku tau. Tbh, aku tak ingat tapi dia ingat sammmpailah sekarang. Masih segar dalam fikirannya. Masetu aku tengah cuci “constant level oiler” atau lebih dikenali sebagai “chicken feed”. Suddenly, dia datang menghampiri aku dengan menaiki basikal. Dia kata aku tengok dia tanpa berkelip mata sehinggakan safety helmet yang terpacak atas kepala aku tuuuuu jatuh! So korang bayangkan macam mana kepala aku berpusing tengok dia tu sampai helmet atas kepala jatuh. Pusingan 360 darjah kau! Hahaha. Tapi serius aku tak ingat langsung insiden helmet jatuh sampai teruk macam tu. Tapi aku ingat memang ada staff datang, and aku tak ingat siapa dia. Rupanyaaaa emmm hehe. And balik tu, dia tanyalah kawan dia, Sharil.

Mr L     : “siapa budak perempuan yg selalu buat kerja dgn kau tu?”
Sharil   : “ohhh tu trainee baru tempat aku. Ikin namanya. Kenapaaaaa”

Haaaa lebih kurang macam ni la yang mereka bualkan. Bila dah tahu nama mestilah nak nombor phone kan? And dia minta nombor phone daripada Sharil. Tapi waktu dia minta tu, Sharil masih tiada lagi my number phone. Bila sampai tempat kerja, Sharil always tanya aku.

Sharil  : “Ikin, Ikin takde someone special ke? Pakwe keee. Hahaha”
Me     : Ha? Hahaha em malas la nak fikir. Kin nak cari yang betul betul em entahlah. Sharil carikan lah *dengan nada gurau*
Sharil  : Okay Kin cepat cakap suka lelaki yang macam mana?  Yang ada honda? Superbike?  
Me      : Eeee tak penting pun semua tu. Yang penting diaaa ish taknaklah. Dah lah nak buat kerja ni.
Sharil  : Ehh orang ada kawan. Dia suka Ikin tauu. Dari haritu lagi dia asyik tanya Ikin.
Me      : Hah? Sapeeeeee?
Sharil  : Ala kawan Sharil, satu rumah. Dia ada tu kat SCR5.
Me      : Emmm

And one day, si Sharil ni kohajo pergi beri my number phone pada Mr L. Bila dah dapat number phone haaa apelagi, try contact me la. Aku masih ingat lagi first whatsapp yang dia hantar. Macam ni “Hi Kinn” Hahaha. And korang rasa aku reply tak? Memang tak lah nak reply. Ada dalam seminggu aku tak reply. Dia wish morning pun aku tak reply. Then aku mengadu kat Sharil.

Me     : Sharil, dia ada whatsapp Kin. Cakap hai. Tapi Kin malas nak reply.
Sharil   : Laaaa kenapa tak reply. Ikin ni jahat la. Kesian orang tu tau.
Me       : Haha memang Kin jahat pun!
Sharil   : Ikin ni memilih sangat laa. Biar nanti dapat title andartu baru tahu.

Eeee dia cakap aku macam tu. Ish! Tapi selepas tu, hati ni tiba tiba tergerak nak reply. Maka, aku pun reply. Tapi aku tak ingat apa yang aku reply disebabkan aku delete conversation dia sebab bagi aku, dia tak penting pun dalam hidup aku masetu. So buat apa nak save/archieve conversation dia kan? Hahaha jahat betul aku ni. Bermula dari situ, kami pun berbalas whatsapp. Dan kami pun friends di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Setiap inci profile dia, aku buat spot check termasuk semua gambar dalam album. Masetu, gambar dalam facebook banyak gambar dia waktu sekolah dulu. Mana tak nya kan, gambar profile facebook pun gambar waktu zaman main parit mandi lumpur (jangan marah awak hehe)

Pada suatu hari, dia ajak keluar.  Disebabkan tiada transport (waktu permulaan internship, aku duduk sebumbung dengan makcik aku) so aku pun setuju tambahan pula ada urusan penting yang perlu diselesaikan dalam tempoh tersebut. Dan hari tersebut merupakan first date aku dan dia walaupun ootd aku yang serabai sebab aku keluar untuk urusan aku sahaja bukan untuk ke shopping mall makan angin etc. Dan kalau korang nak tahu, masetu juga first time aku face to face dengan dia. Hubungan kami semakin rapat dari hari ke hari. Sehinggalah dia mengambil keputusan untuk mempunyai hubungan yang serius dengan aku. Hubungan yang serius? Yesss.

Kalau nak tahu lelaki tu betul betul sukakan kita, ikhlas berkawan dengan kita dan serius nak kahwin, tengok waktu awal awal kita kenal dengan dia. Contohnya, masa awal awal lagi dia dah cakap yang dia nak jumpa dengan parents kita untuk menyatakan hasratnya. Seorang lelaki yang serius untuk jadikan kita sebagai isteri mesti rasa risau bila tak beritahu parents kalau nak bawa kita keluar. Haaa korang nak tahu tak macam mana first action dia waktu jumpa mak abah Kin? Tunggulah post seterusnya. Okaylah nak keluar beli barang. Babaiiii.

Dear my future, I love you more than you'll ever know
Ramai orang kata muka kami ada iras sama antara satu sama lain. Betul ke betul ke? Hehehehe

No comments:

Post a Comment